Perbaharui Lesen Vokasional Ikut Tarikh Lahir Mulai 15 Januari - Kong Cho Ha - Berita Semasa | mStar

Perbaharui Lesen Vokasional Ikut Tarikh Lahir Mulai 15 Januari - Kong Cho Ha

Diterbitkan: Khamis, 6 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kira-kira 1.5 juta pemandu teksi, lori dan bas di negara ini boleh memperbaharui Lesen Vokasional mereka mengikut tarikh lahir, bermula 15 Januari depan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata langkah itu adalah selaras dengan pelaksanaan serupa terhadap Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang berkuat kuasa 20 November tahun lepas.

"Kerajaan dijangka menanggung kos tambahan RM9 juta dengan pelaksanaan inisiatif ini," katanya pada sidang media, di sini, Khamis.

Beliau berkata penyelarasan dan fi yang akan dikenakan adalah berdasarkan tempoh antara tarikh sah lesen dan tarikh lahir.

Bagi tempoh yang kurang enam bulan daripada tarikh lahir, mereka hanya perlu bayar kadar sedia ada sebanyak RM20 dan kerajaan akan menanggung perbezaannya, manakala bagi yang melebihi tempoh itu perlu membayar tambahan RM10, katanya.

Sementara itu, Kong berkata Lesen Vokasional juga telah distruktur semula kepada satu bentuk berbanding tiga sebelum ini iaitu Lesen Perdagangan (GDL), Lesen Kenderaan Awam (PSV) dan Konduktor.

Pelaksanaan struktur baharu ini membolehkan pemegang lebih daripada satu lesen berjimat kerana hanya perlu membayar fi untuk satu lesen sebanyak RM20, katanya.

"Kalau seorang pemandu lori, pada masa yang sama memandu bas, dia perlu Lesen Vokasional untuk lori dan bas. Tapi di bawah kaedah baharu ini, beliau hanya perlu satu lesen. Jika dahulu dia kena bayar RM20 untuk lori dan RM20 untuk bas, kini dia cuma bayar RM20," katanya.

Menurut Kong, pada masa ini terdapat 149,909 pemegang Lesen Vokasional yang memegang lesen PSV dan GDL.

Sementara itu, sebanyak 4,258,552 pemegang CDL telah memperbaharui lesen mengikut tarikh lahir sejak dasar itu dilaksana November tahun lepas. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan