Lebih 20 Artis K-Pop Termasuk Psy Akan 'Serang' Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 6 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Psy
Psy

PUTRAJAYA: Peminat tempatan K-POP berpeluang menyaksikan acara anugerah muzik terbesar dan terbaik Korea Selatan, 'Golden Disk Awards' yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 15 dan 16 Januari 2013.

Lebih 20 artis terkemuka Korea Selatan yang telah dicalonkan menerima anugerah akan mengadakan persembahan mereka di acara tersebut.

Mereka termasuklah PSY, Big Bang, Super Junior, KARA, T-ara, CNBlue, FT Island, Infinite, Girls Generation dan Beast.

Dianjurkan oleh Mediartncomm Co Ltd, acara ditaja oleh Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, dan disokong oleh Biro Malaysia Convention and Exhibition (MyCEB).

Siaran pra rakaman penyampaian anugerah akan ditayangkan ke Korea Selatan.

Bercakap pada satu sidang akhbar mengenai acara anugerah tersebut, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics, Kwon Jae Hoon berakata Samsung teruja kerana dapat membawa artis-artis terkemuka Korea Selatan ke Malaysia.

"Kami gembira dapat menganjurkan acara paling berprestij ini. Ini adalah lanjutan kepada falsafah Samsung yang dibawa secara langsung, ketika kami terus berusaha memberi inspirasi dan memperkaya kehidupan pengguna kami," katanya.

Acara tahunan Golden Disk Awards yang dianggap sebagai Anugerah Grammy Korea paling berprestij adalah anugerah muzik K-POP begitu berprestij bagi pencapaian terkemuka dalam industri muzik.

Anugerah dikategorikan berdasarkan pada muzik K-POP paling popular tahun sebelumnya daripada muat turun digital.

Tiket-tiket berharga RM688 dan RM999 untuk kedua-dua hari acara tersebut boleh dibeli melalui www.ticketpro.com.my, ticketpro.com.my, atau menelefon 03-78807999 mulai 9 Dis. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan