Isu YDP MDKP Selesai, Kata Azizan

Diterbitkan: Khamis, 6 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Masalah jawatan Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) selesai selepas Majlis Exco kerajaan negeri yang bermesyuarat pada Rabu melantik Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Membasmi Kemiskinan, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menjalankan tugas jawatan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Phahrolrazi ditugaskan menjalankan tugas YDP MDKP berkuatkuasa serta merta sehingga YDP baru diantik.

"Dulu Pegawai Daerah Kuala Muda memegang jawatan itu tapi sekarang dia dah balik ke Sungai Petani. Kubang Pasu pula sekarang ni yang ada hanya DO (pegawai daerah) kerana majlis mesyuarat kerajaan negeri belum melantik YDP.

"Sistem di Kedah, Pegawai Daerah juga boleh dilantik sebagai YDP. Pegawai Daerah dilantik berdasarkan pentadbiran negeri. YDP dilantik oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Negeri di Wisma Darul Aman di sini, Rabu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Dewan Pemuda Pas Kedah hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu penyelewengan dalam sebuah syarikat milik kerajaan (GLC), Seri Temin Development Corporation (STDC).

Ketuanya, Ahmad Yahya berkata laporan itu dibuat selepas anggota Exco, Datuk Amiruddin Hamzah mendedahkan bahawa STDC telah mengeluarkan duit kira-kira RM8 juta untuk membiayai sebuah parti politik dari tahun 2003 hingga 2008.

"Kita minta SPRM siasat perkara ini. Jika ada penyelewengan berlaku, kita mahu tindakan sewajarnya diambil kerana menyalahgunakan wang syarikat yang dikeluarkan tidak mengikut peraturan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di pejabat SPRM Kedah di sini.

Menurut Ahmad laporan polis juga dibuat bersama oleh Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah, Padang Terap, Alor Setar dan Pendang.

"Kami harap siasatan perkara ini dilakukan dengan telus dan adil kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Kedah," tambahnya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan