Global Terrorism Index Lapor M'sia Antara Negara Aman Daripada Ancaman Militan

Diterbitkan: Khamis, 6 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Global Terrorism Index meletakkan Malaysia antara negara yang aman daripada ancaman militan iaitu di tangga ke-90 daripada 158 negara di dunia.

Menurut Pengarah Petugas Khas (Operasi dan Counter Terrorism) Bukit Aman Datuk Muhamad Fuzi Harun, laporan yang dikeluarkan Institute for Economics and Peace dari Amerika Syarikat itu berdasarkan kajian serangan pengganas seluruh dunia bagi tempoh 2002 hingga 2011.

Kejayaan negara berada sebaris dengan negara yang kurang dari segi aktiviti keganasan adalah hasil kecekapan dan ketangkasan pihak risikan polis serta kejayaan menumpaskan kegiatan pengganas di negara ini, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Khamis.

"Kita kena ingat masalah keganasan ini bukan masalah domestik sebaliknya masalah antarabangsa, jadi inisiatif yang polis ambil selain memperkasakan unit risikan ialah kita sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan polis antarabangsa (Interpol) dan polis dari negara lain," katanya.

Beliau menambah kerjasama erat bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadikan aktiviti militan di negara ini dapat dikekang dengan baik.

"Kita sentiasa bekerjasama dengan ATM terutamanya dalam bidang logistik, ini penting bagi kita untuk membawa suspek yang disyaki menjadi anggota kumpulan militan dengan bantuan logistik dari ATM," katanya.

Mohamad Fuzi berkata pemantauan dan tindakan yang diambil secara berterusan melalui maklumat yang diterima menjadikan Malaysia mampu mengawal aktiviti militan di negara ini dengan sempurna.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula memberi jaminan aktiviti militan mampu dikekang di negara ini berdasarkan pemantauan dan risikan yang dilakukan oleh tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata Malaysia tidak dapat lari daripada menerima tempias kumpulan militan berdasarkan faktor kumpulan pengganas menjadikan negara jiran sebagai tempat untuk merekrut anggota baharu.

"Namun di Malaysia, keadaannya terkawal dan sentiasa dipantau," tegasnya.

Menurut laporan Global Terrorism Index yang dikeluarkan pada Rabu, untuk tempoh 10 tahun sejak 2002, Malaysia hanya mencatatkan enam insiden militan iaitu dari tahun 2008 sehingga 2010.

Laporan itu menyebut tiada aktiviti militan di Malaysia pada 2011 dan pada 2002 sehingga 2007.

Pada 2010 tiga kes pengganas dilaporkan berlaku di negara ini yang tidak melibatkan kerosakan harta benda, kecederaan dan kematian.

Pada tahun itu polis berjaya menghalang cubaan meletupkan kuil di Batu Caves, Selangor dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang serta menahan sembilan warga asing dan seorang warga tempatan kerana terbabit dalam aktiviti pengganas antarabangsa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Pada 2009, hanya satu insiden pengganas dilapor dan melibatkan satu kecederaan, manakala pada 2008 hanya dua kes kegiatan pengganas dilapor, melibatkan kerosakan kepada harta benda tanpa mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Laporan itu yang dikeluarkan untuk menepis tanggapan silap dan membantu usaha menangani keganasan di peringkat antarabangsa, mencatatkan kedudukan 158 negara berdasarkan jumlah insiden keganasan, jumlah kematian akibat keganasan, jumlah kecederaan akibat keganasan dan anggaran kerosakan harta benda akibat keganasan.

Iraq, Pakistan, Afghanistan dan India adalah antara negara yang paling teruk menerima kesan akibat keganasan dan militan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan