Tender AES Dibuat Secara Telus - KP JPJ

Diterbitkan: Rabu, 5 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan menegaskan pemilihan pembekal teknologi Sistem Penguatkuasaa Automatik (AES) dilakukan secara telus dan tidak tergesa-gesa.

Menurutnya keseluruhan proses mengambil masa hampir lapan tahun dan membabitkan banyak pihak sebelum AES dilaksana di 14 lokasi pada 23 September lalu.

Solah yang mengeluarkan kenyataan bagi mengulas dakwaan antaranya pelaksanaan AES dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengikut tender, juga berkata pihaknya dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah menghantar pegawai kanan ke beberapa negara yang menggunakan teknologi itu pada 2005.

Antara negara terbabit ialah Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat serta Switzerland dan hasil lawatan dimaklum kepada kerajaan pada Disember 2005, yang kemudiaannya bersetuju melaksanakan AES, katanya.

Kerajaan kemudian menubuhkan satu jawatankuasa pemandu untuk meneliti keperluan pengguna, kaedah perolehan dan pelaksanaan projek dengan dibantu lima jawatankuasa kerja, katanya.

Menurut Solah, hasil laporan lawatan itu juga kerajaan pada 2006 bersetuju mempelawa sembilan syarikat yang menjadi peneraju pelaksanaan sistem AES untuk menyertai tender berkenaan.

Syarikat terbabit ialah Commercial Circle (M) Sdn. Bhd. (ATES Sdn. Bhd.) (dengan robot dari Jerman); Beta Tegap Sdn. Bhd. (dengan Redlex dari Australia); TESS CAPITAL Sdn. Bhd (dengan Poltaich dari Australia); Tricubes Berhad (dengan SAGEM dari Perancis); Precision Hawk Eye (M) Sdn. Bhd. (dengan Sianco Traficco dari Sepanyol), Acropolis Avenue Sdn. Bhd. (dari China); Neza teguh Sdn. Bhd. (dengan Sensys dari Sweden); Tenix Solutions Pte. Ltd. (dengan Tenix dari Australia dan Hyundai Information Technology dari Korea.

Solah berkata daripada jumlah itu hanya Tenix Solutions Pte. Ltd. dan Hyundai Information Technology Co. Ltd tidak mengemukakan cadangan teknikal manakala tujuh mengemukakan cadangan teknikal melalui wakil syarikat tempatan masing-masing.

"Selepas penilaian teknikal, hanya enam daripada tujuh syarikat menyertai ujian 'live demonstration', manakala satu syarikat menarik diri. Ujian itu mengambil masa lebih sebulan di Putrajaya, Shah Alam dan Lebuhraya Guthrie pada Jun hingga Julai 2007.

"Ia melibatkan demonstrasi keupayaan sebenar sistem yang ditawarkan oleh pembekal teknologi dalam mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju, khususnya kadar pengesanan kesalahan dan ketepatan pengesanan," katanya.

Solah berkata sebanyak 43 senario pelanggaran peraturan had laju dan lampu isyarat yang biasanya berlaku di jalan raya telah diuji dengan sebanyak 63,640 imej dikeluarkan hasil ujian berkenaan.

Katanya kriteria terpenting dan kritikal yang dinilai adalah imej yang dirakam mesti berupaya dijadikan bahan bukti di mahkamah.

Daripada penilaian itu, Solah berkata hanya dua pembekal teknologi melepasi kelayakan teknikal oleh Jawatankuasa Teknikal yang dianggotai antaranya Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Kehakiman, Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Peguam Negara.

Dua syarikat itu ialah Redflex Traffic System Ptd. Ltd. yang diwakili oleh Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Robot Visual System yang diwakili oleh ATES Sdn. Bhd.

Solah berkata pada Februari 2008, kerajaan bersetuju dengan Laporan Penilaian Teknikal dan kedua-dua syarikat diminta mengemukakan cadangan kewangan.

"Selepas beberapa siri rundingan antara kerajaan dan syarikat, termasuk persetujuan formula bayaran fi perkhidmatan, kerajaan pada 9 Disember 2011 telah menandatangani perjanjian dengan kedua-dua syarikat.

"Ini bermakna pemilihan dan pelantikan kedua-dua syarikat dibuat melalui proses tender dan tidak dilakukan tergesa-gesa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan