Soalan Cepumas Najib, Mesej Jelas Agar Umno Bersatu - Mohamad Hasan

Diterbitkan: Rabu, 5 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Soalan cepumas yang dilontarkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2012, jelas mengingatkan setiap anggota Umno untuk mengelak daripada melakukan tindakan menjatuhkan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan berkata soalan itu juga merupakan satu mesej agar anggota parti sentiasa mengambil iktibar daripada apa yang berlaku pada PRU 2008.

"Seperti yang kita tahu, pada pilihan raya yang lepas-lepas, 2008 terutamanya di Negeri Sembilan banyak kawasan yang kita kalah terutama di kawasan-kawasan bermasalah adalah disebabkan pertelingkahan dalaman dan sabotaj pemimpin-pemimpin yang tidak dipilih sebagai calon.

"Saya kerap menyatakan bahawa kita kalah bukan kerana pembangkang kuat, tapi kita kalah kerana tidak bersatu dan bertelingkah antara satu sama lain, jadi pesanan dan soalan cepumas yang disebut oleh Datuk Seri Najib itu memang tepat pada masanya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai soalan yang dilontarkan Najib iaitu "kalau anda tidak terpilih sebagai calon, adakah anda akan sokong sepenuhnya calon yang dipilih Umno dan Barisan Nasional", dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Sabtu lalu.

Mohamad, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata soalan itu menggambarkan kerisauan Perdana Menteri mengenai unsur dan faktor dalaman parti berbanding kekuatan pembangkang yang masih boleh diatasi.

Justeru, katanya semua pemimpin dan anggota parti perlu akur dengan keputusan yang dibuat pucuk pimpinan mengenai pemilihan calon yang akan bertanding dalam PRU-13 dan mengelak daripada melakukan tindakan yang boleh menyebabkan calon tersebut kalah.

Beliau berkata mana-mana anggota yang mempunyai maklumat mengenai pihak yang cuba melakukan sabotaj atau perkara yang boleh menjatuhkan parti diminta membuat aduan kepada Jawatankuasa Khas Umno untuk disiasat dan diambil tindakan.

Katanya menjelang PRU-13, sebarang aktiviti khianat atau sabotaj dalam parti perlu ditangani segera bagi mengelak kesan buruk kepada keputusan pilihan raya.

"Jika ada sebarang 'putik-putik' sabotaj itu tindakan awal perlu dibuat, semua orang boleh mengadu kepada Lembaga Disiplin parti, pihak pengurusan atau Umno Online, hantar sahaja aduan dan siasatan akan dibuat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan