Sektor Makanan & Minuman Disasar Sumbang RM30 Bilion Pada 2020

Diterbitkan: Rabu, 5 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sektor pelancongan dijangka menyumbang RM168 bilion kepada pendapatan negara menjelang 2020 dan daripada jumlah itu RM30 bilion disasar disumbang subsektor makanan dan minuman.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yakin sasaran itu dapat dicapai kerana pelancong membelanjakan jumlah yang besar dalam subsektor makanan dan minuman sepanjang bercuti di negara ini.

Tahun lepas, subsektor itu menyumbang kira-kira RM10 bilion daripada RM58.3 bilion yang dihasilkan sektor pelancongan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Fabulous Food 1Malaysia 2012' peringkat negeri Melaka, di sini.

Katanya kelebihan subsektor makanan dan minuman Malaysia terletak pada kepelbagaian juadah daripada pelbagai kaum di negara ini untuk dicuba oleh pelancong asing.

Bagi memastikan sasaran itu tercapai, kementerian mahu pengusaha makanan dan minuman, terutama penjaja meningkatkan tahap kebersihan di premis masing-masing, katanya.

Mengenai pesta itu yang mengetengahkan makanan penjaja, Ng berkata program tersebut adalah antara inisiatif berterusan kementeriannya dalam memperkenalkan kepelbagaian makanan di negara ini.

Sebanyak tiga menu dipilih sebagai ikon makanan pada program itu setiap tahun dan kali ini juadah yang dipilih ialah yong tau fu, rojak dan mi rebus, katanya.

Menurutnya kementerian itu mengalu-alukan cadangan pengusaha serta masyarakat amnya, mengenai makanan yang boleh dijadikan ikon dalam mempromosi pelancongan negara pada masa depan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan