Muzium Coklat Di Kota Damansara Dibuka Kepada Orang Ramai

Diterbitkan: Rabu, 5 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Muzium Coklat pertama di Asia Tenggara kini dibuka di Kota Damansara oleh syarikat pengeluar coklat tempatan, DR Group Holdings Sdn Bhd.

Muzium itu dibuka kepada orang ramai secara percuma mulai 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu, kata penolong pengurus besar syarikat itu, Mohd Khairudin Abdul Jalil.

Beliau berkata muzium itu yang dibuka sejak tiga minggu lepas, bukan sahaja mendidik orang ramai mengenai asal-usul coklat tetapi juga manfaat coklat untuk kesihatan.

Demonstrasi membuat coklat buatan tangan turut diadakan oleh pembuat coklat syarikat itu, katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Mohd Khairudin berkata pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan coklat daripada pelbagai jenama termasuk coklat keluaran syarikat tersebut antaranya Fidani dan Danson dengan harga yang lebih murah.

"Di samping itu, pengunjung yang datang ke sini boleh membuat tempahan terus kerana kami menyediakan perkhidmatan membuat coklat untuk majlis perkahwinan, harijadi dan majlis korporat," katanya.

Beliau berkata pihaknya optimis muzium itu dapat menambah produk pelancongan negara serta setanding dengan muzium coklat di luar negara. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan