Loji Langat 2 Lewat 29 Bulan Gara-Gara Kerajaan Negeri Enggan Bekerjasama

Diterbitkan: Rabu, 5 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keengganan kerajaan negeri Selangor bekerjasama dengan kerajaan pusat menyebabkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 mengalami kelewatan 29 bulan berbanding jadual asal.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, berdasarkan jadual asal, pembinaan loji itu sepatutnya sudah pada tahap 68.95 peratus, namun setakat Oktober lepas status pembinaan hanya 28.40 peratus.

"Pembinaan Loji Langat 2 berkapasiti 1,130 juta liter air sehari mula diiklankan pada 4 Sept lepas dan akan ditutup pada 27 Disember ini dan mengikut perancangan pembinaannya dijangka bermula pada Jun 2013," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Chew Lee Giok berkenaan perkembangan terkini pembinaan Loji Langat 2 pada persidangan Dewan Negara, di sini Selasa.

Katanya, antara punca kelewatan ialah arahan kerajaan Selangor agar pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu menangguhkan kelulusan yang diperlukan bagi pelaksanaan projek.

"Kelulusan segera PBT seterusnya akan membolehkan bukan sahaja Langat 2 dibina pada Jun 2013 malah 22 pakej lain dapat ditender," katanya.

Langat 2 adalah sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga 2025.

Projek itu juga melibatkan pembinaan terowong sepanjang 44.6 km, yang terbesar dan terpanjang di Asia Tenggara, untuk menyalurkan air dari Sungai Semantan di Pahang ke Sungai Hulu Langat di Selangor melalui Banjaran Titiwangsa.

Bagaimanapun, projek itu tertangguh apabila kerajaan negeri Selangor, melalui majlis tempatannya, enggan meluluskan arahan pembangunan.

Chin berkata, sehingga kini jumlah air terawat dalam simpanan hanya 3.3 peratus dan jumlah itu amat sedikit bagi menampung permintaan yang sentiasa meningkat.

"Bayangkan pula sekiranya terdapat loji yang agak besar di Selangor mengalami masalah teknikal serta tidak mampu berfungsi pada tahap maksimum sudah pasti kita akan hadapi masalah defisit bekalan air terawat yang serius," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan