Jakim Akan Bertindak Tegas Ke Atas Suplemen Kesihatan Tanpa Logo Halal Yang Sah

Diterbitkan: Rabu, 5 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia atau Jakim menegaskan bahawa mereka akan bertindak tegas dengan menguatkuasakan undang-undang logo halal ke atas suplemen kesihatan. Ketua Penolong Pengarah Jakim (Hal Ehwal Islam) Nor Hanim Abdul Hanim berkata, persijilan halal 2011 menetapkan mana-mana pihak yang melanggari peraturan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM200,000. “Penguatkuasaan akan dijalankan secara tegas untuk memastikan semua produk yang mengaku bahan yang terkandung di dalam label mereka halal mempamerkan logo halal yang disahkan oleh Jakim bukan pihak lain," ujarnya selepas majlis penyampaian sijil halal kepada syarikat Holista Biotech Sdn Bhd pada Rabu.

"Pristin and Pisces" dua produk suplemen minyak ikan yang dikeluarkan oleh Halagel (M) Sdn Bhd dan dipasarkan oleh Holista Biotech, telah dianugerahkan sijil dan logo halal oleh Jakim.

Sementara itu, Mohamad Daim Jamil, Pengurus Besar Jualan Holista Biotech Sdn. Bhd berkata, Pristin kini merupakan minyak ikan bebas toksin yang paling tinggi jualannya di Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut iaitu sejak 2008, 2009 dan 2010 menurut kajian audit peruncitan AC Nielsen.

Sejak 1 Januari lalu, hanya Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri sahaja agensi penguatkuasaan yang dibenarkan mengeluarkan sijil dan logo halal di Malaysia.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan