Elakkan Rakyat Jadi Mangsa Politik Air, Kata Adun

Diterbitkan: Rabu, 5 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Hak rakyat Selangor mendapat bekalan air yang cukup harus dipertahankan bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa kepada permainan politik kerajaan negeri berhubung isu air, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Sehubungan itu, beliau berkata krisis air yang dijangka berlaku sekiranya kemelut politik air berterusan hendaklah diselesaikan melalui rundingan dan perbincangan kerana kerajaan Persekutuan mempunyai dasar yang jelas untuk memastikan bekalan air yang mencukupi bagi keperluan rakyat.

Dalam satu temuramah, beliau berkata dalam isu air, kerajaan Selangor perlu menerima realiti bahawa pihak swasta telah diberi konsesi industri air di negeri ini dan sepatutnya kerajaan negeri tidak perlu mencemburui realiti ini.

"Kita tahu keupayaan kerajaan Selangor. Kita tidak boleh pisahkan usahasama antara pihak swasta dan awam kerana bukan semua pembangunan boleh dibuat oleh kerajaan negeri. Selangor menjadi maju pun membangun bukan semua diusahakan oleh kerajaan, sebahagian besar daripada swasta dan pelaburan," katanya.

"Saya melihat sebagai rakyat, saya pun mengharapkan krisis air ini dapat diselesaikan sama ada dengan hubungan baik antara negeri dan persekutuan.

Biarlah rakyat Selangor mendapat hak mereka sendiri untuk mendapat bekalan air yang cukup supaya rakyat tidak menjadi mangsa," kata beliau.

Sulaiman berkata oleh kerana keupayaan 34 loji rawatan air di negeri ini sudah beroperasi di tahap maksimum, kerajaan Persekutuan mahu membina loji rawatan Langat 2 tetapi ini pun telah dihalang oleh kerajaan negeri dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, memberitahu Dewan Negara semalam bahawa projek Langat 2 kini mengalami kelewatan 29 bulan berbanding jadual asal kerana keengganan kerajaan Selangor bekerjasama dengan kerajaan pusat.

ADUN itu berkata perkara yang tidak diambil kira dalam tindakan kerajaan negeri mempolitikkan air ialah jumlah penduduk yang semakin bertambah.

Ini, katanya jelas dengan beberapa anggota Exco kerajaan negeri yang kerap mengeluarkan kenyataan bahawa air mencukupi kerana Selangor turut dilanda banjir di samping mengalami hujan.

"Ada ahli Exco yang jawab dalam sidang Dewan Undangan Negeri, tengok banjir ada di Ampang banyak pun air, tak ada pun isu air. Saya kata kalau macam tu suruh dia minum air depan rumah itu, air banjir tu. Ataupun Menteri Besar kata ada banyak air lombong, boleh gunakan air lombong. Minum lah air lombong itu."

Sulaiman berkata yang menjadi isu ialah bekalan air yang dirawat dan pertambahan penduduk di Selangor yang kini mencecah lima juta berbanding dua juta 10 tahun dahulu.

Katanya di samping pertambahan penduduk dalaman, penghijrahan penduduk dari seluruh negara yang tertumpu ke Selangor kerana ia adalah hab ekonomi dan negeri termaju di Malaysia menjadikan isu bekalan air bersih lebih kritikal lagi.

"Jadi kita perlu ambil satu tindakan yang cukup bersifat holistik, kena melihat 10 tahun lagi pembangunan Selangor, 20 tahun lagi bagaimana bekalan air.

Sebab air adalah keperluan very basic (teramat asas). Jika tiada air, orang boleh pergi ke jalan raya buat reformasi," katanya.

Sulaiman juga hairan kenapa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh berkata baru-baru ini bahawa tiada kajian terperinci dibuat berhubung projek Langat 2.

"Sebahagian besar apa yang dicakap beliau itu ialah politik sahaja. Langat 2 ini sudah dirancang lebih kurang 20 tahun dahulu melihat perkembangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kerajaan Persekutuan merancang bukan besok pagi, bukan kais pagi makan pagi. Macam kerajaan Selangor, hari ini buat perancangan untuk esok lusa".

Sulaiman mengambil contoh apabila kerajaan pusat hendak membina jambatan Pulau Pinang lebih 25 tahun dahulu projek itu dikritik kerana kononnya membazir, tetapi hari ini jambatan ini tidak dapat menampung keperluan dan jambatan kedua pula kini dalam pembinaan.

"Saya fikir MB kena tengoklah dulu. Sebab projek yang besar sebegini kajiannya besar, melibatkan semua jabatan kerajaan. Sebab itu saya cakap MB suka hina pegawai kerajaan, seolah-olah kementerian-kementerian tidak buat kajian," kata beliau. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan