37, 947 Sedang Ditahan Di 43 Penjara

Diterbitkan: Rabu, 5 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terdapat 37,947 tahanan di 43 penjara di seluruh negara setakat November lepas dan angka itu adalah di bawah kapasiti iaitu 50,000 orang, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.

Katanya hanya empat penjara pada kapasiti penuh iaitu Penjara Kajang, Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Daripada jumlah itu, 29,215 orang atau 77 peratus adalah banduan sabitan, manakala baki 8,732 merupakan banduan reman, katanya menjawab soalan Senator Chiew Lian Keng pada persidangan Dewan Negara, di sini, Rabu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim berkata sebanyak 57,766 orang telah menjadi mangsa skim cepat kaya bagi tempoh 2010 sehingga Oktober 2012.

Sebanyak 66 kes yang berkaitan dengan skim cepat kaya telah diambil tindakan di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993, Akta Syarikat Malaysia 1965 dan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 bagi tempoh itu.

Rohani berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan