TNB Digesa Tubuh Panel Bebas Siasat Dakwaan Penukaran Meter Elektronik Tingkatkan Bil Elektrik

Diterbitkan: Selasa, 4 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) menubuhkan sebuah badan bebas dan berwibawa bagi menyiasat dakwaan pengguna bahawa penggantian meter analog dengan meter elektronik meningkatkan bil elektrik mereka antara 20 hingga 50 peratus.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, panel bebas itu sepatutnya diberi kuasa untuk menguji meter baru dan juga sebagai penimbangtara serta membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna.

"Operasi untuk menubuhkan badan bebas ini mestilah dibiayai sepenuhnya oleh TNB kerana mereka mengaut untung berbilion-bilion ringgit daripada program penggantian meter ini.

"Di Kelana Jaya sahaja PKR telah menerima 22 aduan daripada orang ramai. Keadaan ini lebih jelas apabila Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui telah mengarahkan TNB menghentikan program penggantian meter tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Selasa.

Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia mendakwa daripada kajian yang dijalankan mendapati, program penggantian meter ini menyebabkan pengguna menanggung peningkatan konservatif sebanyak dua peratus dalam bil elektrik mereka.

"Memandangkan jangka hayat meter elektronik ini selama 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar RM6.88 bilion lebih kepada TNB dalam tempoh 10 tahun.

"Isu ini bukan lagi kes kecil dan ia sewajarnya dilihat sebagai isu kepentingan nasional kerana ia melibatkan wang rakyat berbilion-bilion ringgit," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pelaburan PKR, Wong Chen menggesa TNB lebih telus dengan mendedahkan nama syarikat pembekal meter elektronik baru tersebut.

"Berdasarkan kajian kami menunjukkan TNB mempunyai lima syarikat pembekal dan salah satu daripadanya mempunyai pegangan saham dikalangan keluarga ahli politik tertentu.

"Kita juga mahu tahu apakah harga yang dibayar untuk meter baru ini? Adakah harganya berdaya saing dengan standard tempatan dan antarabangsa," katanya.

Justeru, beliau menggesa TNB mendedahkan tender perbekalan yang diberikan kepada lima syarikat pembekal tersebut dibuat secara tender atau runding terus.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan