Simulasi Dakwat Kekal Untuk Pemimpin Parti Politik Di Selangor

Diterbitkan: Selasa, 4 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal bagi pemimpin parti-parti politik di Selangor.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor, Dzulkifli Ab. Rahman berkata, simulasi itu bertujuan memberi gambaran sebenar mengenai penggunaan dakwat tersebut pada pilihan raya umum kali ini.

"Proses ini memberikan kesempatan kepada pemimpin parti politik untuk melihat sendiri beberapa kemungkinan yang timbul berikutan penggunaan dakwat kekal untuk proses pengundian kelak," katanya kepada pemberita pada majlis taklimat simulasi yang disampaikan Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah, di sini Selasa.

Penggunaan dakwat kekal adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Mereka yang akan mengundi terlebih dahulu akan dicalit dakwat kekal di jari telunjuk kiri.

Ketua MIC Bahagian Kapar, T. Ganesan berkata simulasi tersebut tepat pada masanya bagi mengelak salah faham mengenai pengunaan dakwat kekal.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Parlimen Kapar berkata, simulasi itu turut menunjukkan komitmen SPR bagi menjalankan pilihan raya yang bersih dan telus. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan