Petugas Media Bekerja Pada PRU Boleh Undi Pos - SPR

Diterbitkan: Selasa, 4 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Wartawan yang bekerja semasa pilihan raya umum (PRU) akhirnya boleh membuang undi mereka melalui pos.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Baria berkata, mekanisme pengundian pos itu digunakan untuk semua petugas media yang bertugas semasa pilihan raya, termasuk wartawan, jurugambar, juruteknik dan pemandu.

Kemudahan itu, bagaimanapun, tidak akan diperluaskan kepada 'stringers' (pemberita sambilan) atau mana-mana penyumbang yang bukan pekerja sepenuh masa di organisasi media berdaftar.

Langkah itu untuk membenarkan wartawan mengundi melalui pos secara rasminya, sebagai salah satu daripada beberapa saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya, yang dicadangkan pada awal tahun ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan