Malaysia Sumbang Tambahan AS$1 Juta Kepada UNRWA Bantu Pelarian Palestin - Berita Semasa | mStar

Malaysia Sumbang Tambahan AS$1 Juta Kepada UNRWA Bantu Pelarian Palestin

Diterbitkan: Selasa, 4 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib (kiri) disambut mesra oleh rakyat Palestin yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika menghadiri majlis sambutan Hari Perpaduan Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, Isnin. -fotoBERNAMA
Najib (kiri) disambut mesra oleh rakyat Palestin yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika menghadiri majlis sambutan Hari Perpaduan Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, Isnin. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan sumbangan tambahan Malaysia AS$1 juta (RM3.1 juta) kepada Agensi Pemulihan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) untuk membantu pelarian berkenaan yang menghadapi keganasan tentera Israel di Gaza baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata Malaysia baru-baru ini menyumbang RM1 juta kepada "Tabung Darurat Gaza" ditubuhkan oleh Yayasan Keamanan Global Perdana di bawah naungan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tabung itu bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin di Gaza. Sepasukan sukarelawan dari yayasan itu kini berada di Gaza menyampaikan bantuan kemanusiaan.

"Kami berharap dan berdoa ketidakadilan yang berlarutan ini dapat diselesaikan segera. Dalam pada itu, Malaysia akan terus membantu rakyat Palestin, sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan dan sokongan politik," katanya pada Hari Perpaduan Antarabangsa bersama Rakyat Palestin di sini, Isnin.

Najib berkata, tahun lepas Malaysia menyalurkan bantuan kewangan USD2 juta (RM6.2 juta) bagi membantu mengimbangi kos operasi Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur selain menyediakan biasiswa kepada pelajar Palestin yang belajar di Malaysia; membantu pembangunan modal insan menerusi program latihan; dan menghantar bantuan kemanusiaan menerusi NGO Malaysia.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan