Malaysia, Singapura Sahkan Hubungan Dua Hala Cemerlang

Diterbitkan: Selasa, 4 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pemimpin Malaysia dan Singapura pada Selasa mengesahkan hubungan dua hala yang cemerlang di antara kedua-dua negara berjiran itu.

Mereka mengakui perkembangan yang sempurna dalam beberapa inisiatif bersama, termasuk usaha sama dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia, dan usaha sama oleh Temasek Holdings dan Khazanah Nasional di Singapura dan Iskandar Malaysia.

Pengesahan itu dibuat dalam mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura Tharman Shanmugaratnam semasa berlangsungnya Forum Ekonomi Dunia Ke-8 (WIEF) di Johor Baharu, kata Kementerian Luar Negara dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu berkata Tharman dan Najib bersetuju tentang keperluan bagi kedua-dua kerajaan untuk terus bekerjasama untuk meningkatkan perkaitan dan mengekalkan persekitaran pelaburan yang menarik.

Tharman menghadiri forum itu bermula hari ini atas jemputan Pengerusi Yayasan WIEF dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Musa Hitam.

Tharman, yang juga Menteri Kewangan Singapura, menyampaikan ucapan khas pada majlis pembukaan WIEF yang akan berlangsung selama tiga hari itu.

Dalam ucapannya, Tharman menarik perhatian kepada kerja sama kukuh antara Singapura dan Malaysia dalam Iskandar Malaysia dan berkata bahawa tumpuan utama kedua-dua negara adalah untuk menggalakkan pelaburan serantau dan membangunkan kekuatan daya saing bersama-sama.

Tharman juga mengadakan mesyuarat berasingan dengan Presiden Comoros Dr Ikililou Dhoinine, Presiden Bank Pembangunan Islam Dr Ahmad Mohamed Ali dan Musa.

Malam ini, Tharman dan delegasi beliau menghadiri majlis makan malam gala WIEF yang dihoskan oleh Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum kembali ke Singapura. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan