Kumpulan Pertama Pekerja Bangladesh Tiba Februari 2013

Diterbitkan: Selasa, 4 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Kumpulan pertama pekerja dari Bangladesh dijangka tiba di Malaysia pada Februari berikutan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) pengambilan pekerja antara Dhaka dan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Financial Express Bangladesh melaporkan pendaftaran bagi pekerjaan luar negara di Malaysia akan bermula akhir Disember melalui laman web Biro Tenaga Kerja, Buruh dan Latihan (BMET) Bangladesh.

Pekerja yang terpilih akan menjalani kursus orientasi dan ujian perubatan di 13 Pusat Latihan Teknikal di beberapa tempat di negara itu.

"Selepas selesai prosedur pemilihan, kita akan membuat pangkalan data bersih terhadap pencari kerja terpilih yang akan diserahkan kepada Kementerian Sumber Manusia Malaysia untuk memilih calon daripada senarai itu," kata Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerja Luar Negara Bangladesh (EWOE) Khandker Mosharraf Hossain yang dipetik dalam laporan itu.

Kos migrasi ialah masing-masing Tk 40,000 (RM1,440) bagi ujian kemahiran, latihan praberangkat selama 10 hari, ujian perubatan, tambang penerbangan, yuran kebajikan dan perbelanjaan lain yang berkaitan.

Setiap pekerja akan menerima gaji minimum Tk 25,000 (RM900) sebulan dan penginapan serta makanan akan disediakan oleh majikan, kata laporan itu.

Pekerja akan menikmati cuti hari minggu dan tempoh bekerja selama lapan jam, Hossain berkata.

"Majikan akan menanggung tambang pulang pekerja," katanya.

Pada peringkat awal Malaysia akan mengambil pekerja untuk sektor perladangan di mana ia memerlukan hampir 30,000 buruh untuk memenuhi permintaan segera, katanya.

Malaysia memerlukan tenaga kerja bagi sektor perladangan, pembinaan, pertanian, pembuatan dan perkhidmatan dengan segera. Ia akan mengambil pekerja dari Bangladesh untuk semua kategori itu.

Menteri itu berkata Malaysia akan merekrut pekerja bagi tempoh lima tahun dalam tiga fasa pertama bagi dua tahun, kedua (dua tahun) dan ketiga (setahun).

Pihak berkuasa mencadangkan pencari kerja agar tidak berurusan dengan orang tengah dan memberi wang bagi tujuan migrasi ke Malaysia.

Sebelum ini, sebahagian ejen pekerjaan yang tidak jujur menghantar sebahagian besar pekerja ke Malaysia menggunakan visa palsu. Berikutan penyelewengan oleh agensi pekerjaan itu, Malaysia menghentikan pengambilan buruh dari Bangladesh pada 2009.

Bangladesh dan Malaysia memeterai tiga MoU pada Isnin lepas berhubung pengambilan semula pekerja Bangladesh dan kerjasama dalam pencegahan dan memerangi jenayah transnasional antara kedua-dua kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan