Kerajaan Selangor Putuskan Datuk Bandar PJ Hujung Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 4 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memutuskan pengganti Datuk Mohamad Roslan Sakiman selaku Datuk Bandar Petaling Jaya, selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mencadangkan beberapa calon bagi menggantikan Mohamad Roslan, namun pihaknya belum membuat keputusan untuk memilih individu yang sesuai mengisi jawatan itu.

"Saya telah diberi cadangan dan masih dalam membuat penelitian, kita akan putuskan Datuk Bandar Petaling Jaya yang baru pada penghujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Auditorium Jubli Perak di sini.

Mohamad Roslan ditukar ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuat kuasa 1 Oktober lepas.

Berikutan itu, beberapa pihak mengeluarkan kenyataan bahawa Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa membelakangi Abdul Khalid dan anggota Exco kerajaan negeri dalam kes pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya.

Bagaimanapun, Ali berkata perkara itu merupakan proses biasa yang berlaku kepada mana-mana pegawai kerajaan, dan ia tidak seharusnya menjadi isu.

Sementara itu, mengulas krisis air yang dilaporkan sebuah stesen televisyen swasta membabitkan beberapa kawasan sekitar Subang Jaya, Abdul Khalid berkata pihaknya akan merujuk masalah tersebut kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Muhammad Khusrin Munawi.

"Setiausaha Kerajaan Negeri akan meneliti masalah itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani perkara terbabit... saya juga akan membentangkan laporan mengenai aduan dan masalah air di seluruh Selangor pada mesyuarat exco Rabu ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan