Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 3 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan melambai tangan ke arah para tetamu sebelum berangkat ke Indonesia sempena lawatan negara selama empat hari di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Foto BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan melambai tangan ke arah para tetamu sebelum berangkat ke Indonesia sempena lawatan negara selama empat hari di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Foto BERNAMA

SEPANG: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat ke Indonesia untuk mengadakan lawatan negara empat hari.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 10.15 pagi.

Baginda diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebagai menteri pengiring, serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Luar dan Jabatan Perdana Menteri.

Menurut kenyataan Wisma Putra, baginda dan rombongan akan disambut oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Ibu Ani Bambang Yudhoyono di istiadat sambutan rasmi di Istana Merdeka pada 4 Disember 2012.

Presiden Indonesia dan isteri juga dijadual mengadakan Jamuan Makan Malam Rasmi sempena lawatan baginda dan delegasi Malaysia di Istana Negara.

Lawatan baginda ke Indonesia merupakan lawatan negara ketiga selepas Brunei Darussalam pada 9-15 Mei 2012 dan Jepun pada 1-5 Oktober 2012 semenjak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-XIV pada 11 April 2012.

Turut mengucapkan selamat berangkat ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Luar Negeri, Senator A. Kohilan Pillay dan Datuk Richard Riot.

Sebelum berangkat, Yang di-Pertuan Agong memeriksa barisan kehormat Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri daripada empat pegawai dan 106 anggota dengan diiringi tembakan meriam 21 das dan lagu Negaraku. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan