Soi Lek Cabar Guan Eng Tunjuk Rumah Mampu Milik

Diterbitkan: Isnin, 3 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dicabar untuk menunjukkan statistik dan menentukan lokasi di mana kerajaan negeri telah membina beribu-ribu unit kediaman mampu milik.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, Lim "bercakap besar" bahawa mereka telah membina kediaman mampu milik. namun tiada siapa yang seolah-olah tahu lokasinya.

"Ini terutama apabila 100,000 keluarga di Pulau Pinang yang berpendapatan di bawah RM7,000 sebulan masih belum ke rumah sendiri, kerana harga rumah adalah di luar kemampuan mereka," katanya.

Chua berkata, dakwaan Lim seterusnya adalah sebanyak 12,000 rumah mampu milik telah dibina oleh kerajaan dan sektor swasta sejak mereka memerintah pada tahun 2008.

Lim turut mengumumkan baru-baru ini bahawa negeri dan sektor swasta merancang untuk membina lagi 38,000 unit kediaman mampu milik.

"Ini semua hanya gembar-gembur sahaja. Tunjuklah kami statistik untuk membuktikan kami silap," kata Dr Chua.

Beliau turut membidas kerajaan negeri Pakatan Rakyat kerana mengenakan tender tanah pada harga yang tinggi dan meningkatkan premium penukaran, sekali gus menyebabkan kenaikan harga rumah.

"Dengan premium penukaran di Pulau Pinang menjadi yang tertinggi di negara ini, saya rasa kerajaan Pulau Pinang tidak mahu membina rumah kos rendah," katanya.

Dr Chua juga membidas kerajaan negeri kerana membenarkan pembinaan unit kediaman melebihi daripada kepadatan yang dibenarkan.

Kepadatan yang dibenarkan adalah 60 unit seekar.

"Apabila kepadatan adalah dua kali ganda, ia mewujudkan pelbagai masalah lain, termasuk kesesakan lalu lintas, masalah saliran, dan lain-lain masalah alam sekitar," katanya.

Beliau juga berkata, Pulau Pinang berisiko menghadapi banjir kilat, hakisan dan tanah runtuh memandangkan aktiviti pemotongan bukit untuk pembangunan.

"Pada kadar ini, Pulau Pinang akan menjadi pulau yang ‘botak’ dan pulau untuk orang-orang kaya," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan