Rakyat Malaysia Harus Teladani Pencapaian OKU - PM

Diterbitkan: Isnin, 3 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pencapaian golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) harus dikagumi dan diteladani seluruh rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ramai daripada golongan itu telah membuktikan kemampuan masing-masing di sebalik cabaran fizikal dan mental yang dihadapi setiap hari.

Dalam entri terbarunya di laman Facebook sempena sambutan Hari Orang Kelainan Upaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini Najib berkata, "Pencapaian dan ketabahan hati anda harus dikagumi dan diteladani oleh semua rakyat Malaysia termasuk saya sendiri.

"Sebagai contoh, kejayaan atlet elit Paralimpik negara Hasihin Sanawi dan Muhamad Ziyad Zolkefli yang masing-masing meraih pingat perak dan gangsa pada temasya Sukan Paralimpik 2012 baru-baru ini, jelas membuktikan yang golongan OKU mampu melakukan apa sahaja dengan cemerlang sekiranya diberi peluang," katanya.

Sambil meminta golongan OKU tidak merasa terasing dalam masyarakat, Najib berkata mereka harus terus diberi peluang untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan negara dan masyarakat madani.

Bagi tujuan tersebut, Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa mengambil berat akan kebajikan golongan OKU termasuk menyediakan peluang pekerjaan serta mempermudah cara hidup mereka terutama dari aspek pengangkutan dan kemudahan-kemudahan lain.

"Saya harap, bersempena dengan Hari Orang Kelainan Upaya ini, kita yang dikurniakan sifat fizikal dan mental yang sempurna dapat memberi pengiktirafan sewajarnya kepada golongan OKU sebagai penyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan