Papa Tidak Terkejut Tentang Kes Pembantu Rumah Dikurung

Diterbitkan: Isnin, 3 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) tidak terkejut terhadap kes yang berlaku di Klang di mana seramai 105 wanita asing telah dikurung oleh agensi pembantu rumah.

Presidennya Papa, Jeffrey Foo berkata, ia telah mendengar kes-kes di mana pembantu rumah asing telah dieksploitasi oleh agensi-agensi pembantu rumah yang tidak bertanggungjawab.

"Gadis-gadis ini mula dibawa masuk menggunakan visa pelancong yang kemudiannya ditukar ke dalam permit kerja atau visa JP.

"Prosedur ini mengikut undang-undang, tetapi terdapat pihak atau sindiket menyalahgunakannya dengan memperdaya gadis-gadis ini dan menipu majikan yang tidak dilindungi oleh mana-mana kontrak," katanya pada Ahad.

Beliau menggesa Kerajaan untuk melihat isu ini kerana ia boleh menjejaskan reputasi negara.

"Pihak berkuasa perlu menjalankan pemeriksaan terhadap orang-orang yang menukar visa pelancong kerana mereka boleh menjadi sebahagian daripada sindiket. Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang didapati menyalahgunakan sistem itu," katanya.

Pembantu rumah Indonesia telah dihantar ke negara secara beransur-ansur dalam jumlah yang kecil kerana faktor yang berkaitan dengan beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan selepas republik itu kembali menghantar pembantu rumah ke Malaysia pada bulan Jun, tiga tahun selepas sekatan dikuatkuasakan kerana beberapa kes penderaan berprofil tinggi.

Kerajaan Kemboja yang mengenakan sekatan pada Oktober lalu, terus mengurangkan bekalan pembantu rumah.

Bulan lepas, Kedutaan Filipina di sini berhenti memberi akreditasi kepada agensi-agensi pembantu rumah baru untuk membawa masuk pembantu rumah dari negara itu sejajar dengan rancangan kerajaan untuk menghentikan penghantaran rakyat ke luar negara untuk bekerja sebagai pembantu rumah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Disebabkan kekurangan pembantu rumah, beliau berkata, ramai majikan terdesak untuk menggunakan cara tidak sah bagi mendapatkan pembantu rumah.

"Mereka terlibat dengan ejen tidak bertanggungjawab yang menjanjikan pembantu rumah pada harga yang rendah tetapi akhirnya ramai ditipu kerana mereka tiada tempat untuk merujuk sekiranya ejen itu tidak mengotakan janji," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan