MRT: Jalan Damansara, Persiaran Surian Ditutup Sebelah Malam Mulai Rabu

Diterbitkan: Isnin, 3 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lorong paling kanan Jalan Damansara dan Persiaran Surian, di kedua-dua hala, akan ditutup selama tujuh hari mulai Rabu untuk projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT).

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corporation Sdn Bhd, Amir Mahmood Razak berkata penutupan itu yang meliputi jarak 100 meter di kedua-dua hala jalan raya itu akan ditutup dari 11 malam hingga 5.30 pagi setiap hari.

Jalan Damansara, Kuala Lumpur dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di kedua-dua hala, penutupan pada sebelah malam membabitkan dua bahagian, iaitu di hadapan bangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan satu lagi di hadapan bekas Stesen Caltex.

Sementara itu, bagi Pesiaran Surian ia bermula di Kondominium Pelangi Damansara hingga Kondominium Surian, Mutiara Damansara, di kedua-dua hala, katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

"Persiaran Surian ialah jalan raya utama perbandaran itu menghubungkan Damansara ke Sungai Buloh dan Shah Alam. Ini adalah sebab penutupan itu dihadkan

pada sebelah malam. Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja penempatan semula utiliti di tapak itu," katanya.

Amir berkata penutupan di kedua-dua tempat itu akan dipastikan memberi gangguan minimum kepada pengguna jalan raya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan