Jumlah Anggota Polis Belum Cukup, Nisbah Sebenar 1:500

Diterbitkan: Isnin, 3 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah anggota polis belum mencukupi dan tindakan membeku pengambilan anggota baharu tidak boleh dilakukan kerana akan menjejas perkhidmatannya kepada masyarakat.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene berkata nisbah anggota kepada penduduk di negara ini adalah 1 untuk 500 dan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas jika pakatan pembangkang memerintah, mereka akan merancang membekukan pengambilan baharu anggota polis kerana mendakwa nisbah anggota polis dengan penduduk di negara ini melebihi statistik piawaian antarabangsa.

Nurul Izzah mendakwa nisbah seorang anggota polis kepada penduduk Malaysia mencecah 270, melebihi nisbah yang diperaku polis antarabangsa (Interpol), iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk.

Mortadza juga berkata dakwaan pembangkang itu tidak benar kerana nisbah polis dengan penduduk yang diperakukan Interpol ialah seorang polis bagi setiap 250 penduduk, dan kedudukan tersebut masih jauh bagi Malaysia mencapainya.

Mortadza berkata pembangunan pesat Malaysia menuntut pertambahan tugas dan jumlah anggota polis bagi menjaga keamanan serta keselamatan negara, selain usaha memantapkan lagi pasukan keselamatan.

"Kita sekarang dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah selain mewujudkan suasana keberadaan pihak polis di satu-satu tempat termasuk di pusat membeli-belah dan kawasan yang berisiko," katanya.

Beliau berkata sebagai contoh pembangunan di Petaling Jaya sahaja telah menghasilkan kawasan pentabdiran daerah yang semakin luas dan memerlukan anggota lebih ramai.

"Kalau di Kuala Lumpur pula, populasinya kira-kira tiga hingga empat juta orang, jadi berapa ramai pula anggota polis kita perlukan di sini," katanya.

Pada majlis, Isnin, Ketua Penolong Pengarah Forensik Bukit Aman SAC Dr Yew Chong Hooi menerima tugas sebagai Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur yang baharu.

Yew menggantikan DCP Datuk Shahbudin Abdul Wahad yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman berkuat kuasa Isnin. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan