IPT Perlu Manfaat Kepakaran Sedia Ada Demi Negara Dan Masyarakat - Khaled Nordin

Diterbitkan: Isnin, 3 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini perlu berganjak dari mentaliti terkurung menara gading kepada peranan yang lebih holistik melalui pendekatan keterangkuman dan pemanfaatan kepakaran institusi pengajian tinggi demi faedah negara dan masyarakat.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata IPT awam dan swasta perlu berani melakukan pembaharuan seiring dengan usaha transformasi pendidikan tinggi yang sedang mengalami perubahan besar di seluruh dunia.

Beliau berkata ia juga amat penting dalam usaha melahirkan modal insan berinovasi, berdaya saing dan kreatif yang diperlukan negara serta menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan unggul di rantau ini.

"IPT di negara ini perlu menerima hakikat bahawa universiti sebagai "menara gading" bukan lagi terpakai pada ketika ini. Tetapi kewujudan universiti mestilah dapat membawa sumbangan yang berkesan dan secara langsung kepada komuniti. Maknanya penglibatan universiti dengan komuniti.

"Ini merupakan satu usaha yang kita sarankan dan kita berharap ianya bukan untuk IPTA sahaja tetapi IPTS juga beri perhatian pada soal ini," katanya pada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian Sijil Pendaftaran Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) di sini, Isnin.

Katanya pengukuhan proses pembelajaran dan pengajaran di IPT juga seharusnya memanfaatkan kemajuan teknologi supaya lebih inovatif dan kreatif serta mampu menarik minat pelajar asing ke negara ini.

Menyentuh IUKL, Mohamed Khaled berkata institusi itu yang dimulakan sebagai Kolej Ikram pada 1998, kini berjaya menjadi IPTS yang ke-37 (IPTS penuh) dan menduduki 'Tier 5' (cemerlang) dalam sistem penarafan Pengajian Tinggi Malaysia 2011 atau SETARA 11.

Katanya, kenaikan taraf IPTS itu menyaksikan negara kini memiliki 84 universiti dan kolej universiti termasuk IPTA sedia ada.

"Dengan kehadiran IUKL, diharapkan IPTS ini dapat memainkan peranan menjayakan matlamat kita supaya dapat melahirkan modal insan dan modal berbakat untuk negara," katanya.

Menurutnya, IUKL yang mempunyai legasi dalam melatih petugas Jabatan Kerja Raya ketika zaman penubuhannya dengan memfokuskan bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektronik dan elektrikal serta kejuruteraan mekanikal dan automotif, berjaya menarik 40 peratus pelajar antarabangsa terutamanya dari negara Timur Tengah.

Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Pengelola IUKL,merangkap Pengerusi Protasco Bhd Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan