Bank Negara Tiada Kuasa Kembali Wang Dibeku Akibat Pelaburan Haram

Diterbitkan: Isnin, 3 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengembalikan semula wang yang telah dibekukan akibat pelaburan yang dibuat dalam skim haram.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai sebaliknya berkata, sekiranya terdapat prosiding jenayah terhadap mana-mana kes penyelewengan, segala aset hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah.

"Pelabur boleh memfailkan kepada mahkamah tuntutan pihak ketiga bagi pemulangan wang atau aset mereka. Maklumat mengenai sama ada dan bagaimana untuk memfailkan sesuatu tuntutan akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Chew Lee Giok di Dewan Negara pada Isnin sama ada pelabur skim pelaburan haram yang telah dibekukan aset boleh mengambil semula wang pelaburan mereka.

Lim turut menegaskan bahawa Bank Negara atau mana-mana agensi penguatkuasaan hanya mengambil tindakan setelah mengenal pasti berlaku pelanggaran undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 oleh syarikat pelaburan.

Kepada soalan asal Chew berhubung perbezaan antara skim pelaburan emas yang sah dengan yang haram, beliau berkata, kebiasaannya perniagaan jual beli emas haram menggunakan modus operandi menjanjikan keuntungan yang tinggi dalam jangka masa singkat dan tanpa risiko kepada pelabur.

"Ia (syarikat pelaburan emas haram) juga menggunakan orang kenamaan atau VIP untuk tujuan pemasaran produk syarikat atau menggunakan nama agensi penguatkuasaan tanpa kebenaran untuk meyakinkan orang ramai supaya melabur serta harga emas yang dibeli pelanggan jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran," katanya.

Justeru, Lim menasihatkan orang ramai supaya sentiasa membuat semakan awal terhadap latar belakang sesebuah syarikat pelaburan di samping semakan dengan agensi penguatkuasaan sebelum membuat keputusan untuk melabur. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan