2,116 Dilantik Tetap Ke Perkhidmatan Awam

Diterbitkan: Isnin, 3 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 2,116 orang dilantik ke dalam perkhidmatan awam bulan lepas manakala 4,049 pegawai disahkan jawatan dan diberi taraf berpencen, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat SPA bulan lepas.

"Selain itu, mesyuarat suruhanjaya turut membincangkan dan mempertimbangkan 64 Kertas Rayuan Tatatertib dan 18 Kertas Rayuan Naik Pangkat melibatkan penjawat awam," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Mahmood berkata setiap keputusan yang dibuat adalah teratur dan muktamad selepas menimbang dengan teliti dan mengambil kira pandangan setiap anggota mesyuarat supaya keputusan yang dibuat adalah tepat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan