Undi BN Untuk Kekalkan Kecemerlangan Pembangunan Negara - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Ahad, 2 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini digesa mengundi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sebagai tanda pengiktirafan mereka kepada pemerintahan cemerlang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membangunkan negara, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, dalam tempoh empat tahun Najib menjadi Perdana Menteri, beliau telah melakukan beberapa transformasi dalam bidang ekonomi, penyampaian perkhidmatan kerajaan, politik dan pendidikan negara.

"Dalam tempoh yang dianggap singkat ini, beliau sudah berjaya mencapai sasaran lebih awal daripada tarikh sebenar yang ditetapkan sebelumnya.

"Sehubungan itu, rakyat Malaysia perlu bersatu menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN dalam PRU ke-13 nanti," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini, Ahad sebagai mengulas ucapan penangguhan Najib sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Kenyataan tersebut di e-melkan Setiausaha Akhbarnya kepada Bernama.

Beliau berkata, ucapan Presiden Umno itu cukup memberangsangkan dan berjaya memotivasi semua jentera parti untuk bergerak pantas menyahut gendang yang dipalu presiden.

Katanya, satu ba'iah dilakukan di akhir ucapan presiden yang menuntut komitmen semua anggota Umno supaya bersatu dan menentukan kemenangan besar dalam pilihan raya umum nanti.

"Pembangkang tidak sekuat mana, namun masalah sesama sendiri hendaklah diselesaikan bagi memastikan akar umbi Umno turut terdorong untuk bekerja dengan penuh bersemangat bagi menangkis semua tohmahan pembangkang," katanya.

Ahmad Zahid berkata, sumbangan Najib yang mendapat sanjungan pemimpin dan penduduk negara lain di dunia merupakan pengiktirafan kepada Umno.

Justeru, katanya, rakyat negara ini mesti menyanjung tinggi dan mengiktiraf kepimpinan Najib dengan memberi mandat semula kepada BN menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya umum.

"Sepanjang ucapan Presiden, semua perwakilan tersuntik semangat sebagai manifestasi Umno telah pulih sepenuhnya, semangat ini perlu dikekalkan jika mahu melihat Umno terus relevan untuk semua kumpulan sasaran demi kesejahteraan rakyat dan masyarakat dunia sejagat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan