PM: Momentum Perjuangan Umno, BN Terus Kukuh Sehingga PRU-13

Diterbitkan: Ahad, 2 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Momentum perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN) di kalangan anggota parti terus kukuh sehingga pilihan raya umum ke-13 diadakan nanti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Presiden Umno itu berkata, beliau yakin dengan momentum parti.

"Momentum (parti) adalah baik dan saya pasti saya begitu yakin mereka (anggota parti) akan terus dengan semangat mereka daripada perhimpunan ini.

"Dan suasana perhimpunan (Agung Umno 2012) amat bertenaga. Umno sudah bersedia dan semangat parti begitu kuat," katanya kepada para pemberita selepas memberi ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, Sabtu.

Najib berkata, Umno dan BN bermatlamat untuk mencatatkan kemenangan besar dua per tiga dalam PRU-13.

"Kami mahukan (kemenangan) majoriti. Dan kita akan pastikan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh pencapaian itu," katanya.

Ditanya apakah kaedah untuk memastikan tidak berlaku tindakan sabotaj di kalangan anggota parti, Najib berkata, semuanya daripada minda dan hati mereka.

"Jadi kalau dalam hati mereka sayang pada Umno, dalam minda bahawa sesuatu perbuatan seperti itu (sabotaj) boleh merosakkan parti, merosakkan dia juga.

"Jadi saya percaya dia akan bertindak secara rasional," katanya.

Najib dalam ucapannya penggulungannya menyatakan bahawa beliau akan bertanyakan soalan cepu emas sekiranya mahu membuat soal selidik kepada para perwakilan Umno.

Beliau memberi lima kemungkinan sekiranya antara mereka yang tidak terpilih sebagai calon, adakah mereka akan menyokong sepenuhnya calon yang dipilih oleh Umno dan BN.

"Saya hendak beri lima kemungkinan. Pertama, akan sokong sepenuhnya calon ini yan dipilih parti. Kedua, sokong. Ketiga, tidak bekerja (tidak berbuat apa-apa). Keempat, sabotaj dan kelima, lompat parti," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan