Pengarah Jakim Sabah Kagum Komitmen Saudara Baru Islam

Diterbitkan: Ahad, 2 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Sabah, Ahmad Zaki Arsad kagum dengan komitmen saudara baru di Sabah, termasuk mereka yang tinggal di kawasan terpencil, mempertahankan agama Islam yang mereka anuti meskipun berhadapan pelbagai cabaran.

Ahmad Zaki berkata berdasarkan kunjungan pegawai Jakim bersama pegawai agensi kerajaan lain seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan pertubuhan bukan kerajaan ke kawasan saudara baru berkenaan mendapati mereka teguh mempertahankan Islam meskipun perhubungan dengan dunia luar agak sukar.

"Sebagai pengalaman, saya merasa kagum dengan masyarakat saudara baru khususnya di Sabah ini kerana kesungguhan mereka mempertahankan Islam. Hasil lawatan saya ke kampung-kampung mendapati mereka teguh mempertahankan Islam meskipun tanpa kehadiran pendakwah," katanya.

Ahmad Zaki berkata demikian kepada Bernama selepas diraikan dalam satu majlis perpisahan dengan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Tawau di sini Ahad.

Ahmad Zaki akan bertukar ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas berkhidmat selama hampir dua tahun sebagai pengarah Jakim Sabah.

Katanya setiap kali pegawai Jakim berkunjung ke kawasan saudara baru untuk melaksanakan aktiviti dakwah serta menyalurkan bantuan, sama ada di kawasan pedalaman dan pulau-pulau, saudara baru di kawasan berkenaan akan memberi sambutan menggalakkan.

Mengenai ruang dakwah di Sabah, Ahmad Zaki berkata ruangnya amat luas dan perlu diterokai secara bersama dan berganding bahu antara pelbagai agensi seperti Jakim, Jheains serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyemarakkan lagi usaha dakwah di negeri berkenaan.

Katanya memandangkan Sabah sebuah negeri yang luas di samping keterbatasan sumber termasuk sumber manusia maka kerjasama Jakim dengan Jheains serta penglibatan NGO berkenaan amat mustahak.

Menurut Ahmad Zaki, berdasarkan laporan Kajian Pembangunan Rakyat Negeri Sabah (Perasa) oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2010 yang menyarankan agar aktiviti penghayatan Islam diperbanyakkan kepada saudara-saudara baru maka Jakim telah merancang pelan strategiknya pada 2011 bagi golongan itu.

Antaranya kata Ahmad Zaki ialah membuat lawatan berkala dan melaksanakan aktiviti dakwah ke 100 buah kampung saudara baru setiap tahun bermula 2011 hingga 2014 dan Jakim berjaya memenuhi sasarannya bagi tahun 2011 dan 2012. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan