Jaga Nama Baik Negara Semasa Bertugas Di Luar Negara

Diterbitkan: Ahad, 2 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Penjawat awam yang bertugas di luar negara diminta supaya sentiasa menjaga nama baik selain meningkatkan imej Malaysia di mata dunia, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa pada Ahad.

Beliau berkata bertugas di Arab Saudi juga mempunyai cabaran tersendiri, terutama dari aspek pelancongan keagamaan, iaitu ibadah haji pada musim mengerjakan haji dan juga ibadah umrah yang dilaksanakan sepanjang tahun yang mana membabitkan ribuan rakyat Malaysia.

"Selain itu, saya juga meminta supaya ketua jabatan mengambil perhatian serius kepada petugas-petugas lain di bawah mereka di luar negara.

Walaupun jabatan di luar negara ini lebih kecil tapi ketua jabatan tetap perlu prihatin kebajikan pekerja mereka," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis makan malam Ketua Setiausaha Negara bersama kira-kira 30 orang pegawai dan petugas selain pegawai-pegawai dari agensi kerajaan yang lain di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri beliau Datin Sri Rohani Abdullah, Duta Malaysia ke Arab Saudi Prof Datuk Syed Omar Al-Saggaf, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Mohd Khalid Abbasi serta Timbalan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri Datuk Zohari Akob. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan