Institusi Umno Akan Ditubuh Untuk Pelapis Muda - PM

Diterbitkan: Ahad, 2 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno akan menubuhkan sebuah institusi dalam usaha untuk memperkukuhkan parti dan melahirkan pelapis kepimpinan baru khususnya di kalangan generasi muda.

Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan institusi itu akan diwujudkan dengan serta-merta.

"Kita tidak perlukan bangunan baru. Kita boleh gunakan semua pusat latihan yang ada.

"Apa yang penting adalah pengisiannya, kokurikulumnya. Ada sejarah mengenai Umno serta nilai-nilai yang baik untuk anak-anak kita. Dan kita akan sediakan barisan yang lebih teguh pada masa akan datang," katanya pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, Sabtu.

Najib berkata, penubuhan Institusi Umno itu nanti khususnya untuk generasi muda merupakan antara cadangan sayap parti iaitu pergerakan Pemuda dan Puteri.

"Kita perlu memperkukuhkan Umno sebagai satu institusi. (Maka) kita akan ada kekuatan minda, ilmu lebih unggul, yang hebat daripada orang lain," katanya.

Pemuda dan Puteri Umno mencadangkan supaya akademi politik dan kepimpinan ditubuhkan untuk golongan belia.

Akademi itu bertujuan untuk menyerap kualiti kepimpinan dalam Umno kepada generasi muda seperti golongan mahasiswa.

Ini akan menjadikan Umno pada masa akan datang bukan sahaja berkuantiti dari segi bilangan penyokongnya tetapi juga berkualiti dalam perjuangan parti.

Sebanyak 42 peratus daripada 13.1 juta pengundi adalah golongan muda.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan