Sekat Penyebaran Amalan Pluralisme & Liberalisme - Wakil Sabah

Diterbitkan: Sabtu, 1 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perwakilan Kimanis Datuk Arifin Mohd Arif pada perbahasan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 kali ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu. -fotoBERNAMA
Perwakilan Kimanis Datuk Arifin Mohd Arif pada perbahasan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 kali ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Amalan pluralisme dan liberalisme perlu segera dibendung kerana ia akan merosakkan akidah umat Islam khususnya generasi muda di negara ini.

Wakil Sabah, Datuk Arifin Mohd Arif menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang mengamal dan membenarkan penyebaran budaya songsang ini.

“Kita perlu tegas dengan kumpulan ini. Kalau ambil tindakan jangan kita buat seperti main poco-poco.

“Kalau dalam poco-poco kita langkah ke depan dan satu langkah lagi kita undur ke belakang, tapi untuk tangani budaya sonsang ini kita jangan berundur lagi,” katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012, Sabtu.

Perwakilan dari Kimanis itu berkata amalan pluralisme dan liberalisme itu bukan masalah bahasa atau istilah semata-mata tapi ia melibatkan akidah seseorang.

“Kalau masalah bahasa masih boleh dimaafkan, kalau masalah istilah masih boleh dirunding. Tetapi apabila menyentuh soal akidah itu perlu tindakan tegas," katanya.

Justeru, beliau mencadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi mewujudkan kerusi 1Malaysia dan Pusat Perbandingan Agama di Universiti Malaysia Sabah.

Hal ini kerana, gagasan 1 Malaysia dalam konteks Islam sangat kuat di Sabah walaupun majoriti penduduk bukan orang Islam.

“Gagasan 1Malaysia sudah sebati dengan jiwa rakyat Sabah kerana konsep itu dipupuk berasaskan keikhlasan dan semangat toleransi sejak zaman dahulu lagi,” katanya.

Sementara itu, Wakil Pemuda Selangor mencadangkan agar Tabung Amanah Pendidikan Parti diwujudkan bagi membantu golongan mahasiswa yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi.

“Kita minta kalau boleh Pemuda Umno lancarkan tabung ini pada hari ini lebih baik. Penubuhan tabung amanah ini bukan perkara baru kerana perjuangan orang Melayu telah bermula sejak zaman menuntut kemerdekaan lagi,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar berkata sudah tiba masanya Umno memberi peluang dan mendampingi golongan mahasiswa ini terutamanya mereka yang baru sahaja tamat pengajian.

“Kita mahu Umno gunakan peluang ini dekati golongan mahasiswa. Golongan ini penting kerana mereka merupakan pemimpin di masa hadapan.

“Oleh itu, kami sokong idea untuk mewujudkan institut pengkaderan seperti yang dicadangkan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan