Ramai Orang Tidak Tahu Mengenai Artritis Reumatoid - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 1 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Liow (tengah) meluangkan masa melihat para peserta yang menyertai acara mewarna sempena majlis 'Fly My 1 Dream' di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Sabtu. -fotoBERNAMA
Liow (tengah) meluangkan masa melihat para peserta yang menyertai acara mewarna sempena majlis 'Fly My 1 Dream' di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Sabtu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ramai orang tidak menyedari bahawa mereka mungkin menghidap artritis reumatoid (RA) memandangkan simptomnya sering dianggap sebagai tidak serius, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya simptom awal termasuk sakit dan kekakuan pada sendi terutama pada sebelah pagi dan menghadapi maslaah untuk menggengam sesuatu benda kerana ia kemungkinan besar menjejaskan jari jemari.

"Ia boleh menjejaskan sebarang sendi dan pergelangan tangan. Jari, lutut, buku lali yang paling biasa terjejas. Lebih ramai wanita mendapat RA berbanding lelaki," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Fly My 1Dream' di Taman Tasik Titiwangsa di sini, Sabtu.

Program itu dianjurkan bersama kementeriannya, Yayasan Artritis Malaysia, Persatuan Psoriasis Malaysia, Persatuan Reumatologi Malaysia dan Abbot Laboratories (M) Sdn Bhd.

Liow juga berkata penyakit itu selalu bermula pada peringkat umur 25 dan 55 tahun dan sehingga hari ini, penyebab RA masih tidak diketahui tetapi gen, persekitaran dan hormon mungkin menyumbang kepada penyakit itu.

Beliau berkata adalah penting bagi penyakit itu dikesan pada peringkat lebih awal memandangkan rawatan awal yang agresif dapat melambatkan kerosakan sendi.

"Biasanya penyakit itu memerlukan rawatan sepanjang hayat termasuk pengambilan ubat, terapi fizikal, senaman dan mungkin pembedahan," katanya.

Pada masa ini terdapat 24 pakar reumatologi di hospital awam di seluruh negara kecuali di Perlis yang mana kes di negeri itu diuruskan pegawai perubatan.

Antara hospital yang mempunyai pakar berkenaan ialah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang (Selangor), Hospital Raja Permaisuri Bainun (Perak), Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kelantan), Hospital Umum Kuching (Sarawak) dan Hospital Queen Elizabeth (Sabah).

Liow juga berkata adalah penting bagi pesakit untuk mendapat sokongan anggota keluarga dan rakan kerana mereka mungkin mengalami beberapa tahap kemurungan, kebimbangan dan perasaan tidak berdaya.

"Sakit sendi setiap hari tidak dapat dielakkan. Dalam sesetengah kes, ia boleh mengganggu kemampuan seseorang untuk menjalankan kegiatan normal, mengehadkan peluang pekerjaan atau mengganggu keceriaan dalam kehidupan keluarga. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan