PM: Elak Penghasut Khianat Parti

Diterbitkan: Sabtu, 1 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengingatkan pemimpin Umno yang tidak dipilih semula bertanding pada pilihan raya umum akan datang supaya jangan terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu yang boleh merosakkan parti.

Presiden Umno itu berkata, parti tersebut tidak takut untuk berhadapan dengan pembangkang namun mahu semua pihak agar lebih berhati-hati dengan gejala sabotaj di kalangan ahlinya sendiri.

"Apa yang saya kuatir ialah soal kita sesama kita sendiri. Persoalan besar yang perlu kita tanya pada diri sendiri ialah sama ada anda akan sokong sepenuhnya calon yang dipilih ataupun tidak?

"Banyak 'batu ronson' (batu api), tukang kipas yang akan 'cong' (tipu) kita kalau tak kuat iman. Mungkin mula-mula kalau sokong sepenuhnya...kemudian akan turun jadi sokong sahaja, ataupun tak akan buat kerja untuk parti atau paling teruk akan sabotaj dan lompat part," katanya.

Peringatan tegas berkenaan dinyatakan Najib ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Agung Umno 2012 di sini, Sabtu.

Selain itu Najib berkata, menjelang pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi, pelbagai kemungkinan akan berlaku sekiranya pemimpin dan ahli Umno tidak bersatu hati untuk memenangkan parti.

"Jangan lupa kita ada bekas menteri, bekas timbalan menteri yang sudah khianati kita. Dia sudah rasa nikmat ketika bersama kita.

"Tapi hari ini kerana gila jawatan dan dirasuk oleh orang tertentu dia jadi orang yang menentang Umno dan BN," katanya.

Terdahulu, Najib mengemukakan lima kemungkinan yang perlu dinilai oleh pemimpin dan ahli Umno sekiranya tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya.

"Saya nak bagi lima kemungkinan. Pertama orang itu akan sokong sepenuhnya calon yang dilipih oleh parti. Keduanya hanya akan sokong...sekadar sokong saja.

"Ketiga dia sudah tidak akan buat kerja, keempat dia akan sabotaj dan kelima dia akan lompat parti.

"Ini semua penting untuk kita tanya diri sendiri. Tuan-tuan cuba tepuk dada dan tanya selera," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan