Perhimpunan Agung Umno 2012 Masuk Hari Terakhir

Diterbitkan: Sabtu, 1 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2012, yang masuk hari terakhir pada Sabtu, dijangka bertumpu kepada ucapan penggulungan para pemimpin Majlis Tertinggi terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti.

Persidangan bersambung semula di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada pukul 8.30 pagi dengan pembentangan usul agama dan pendidikan oleh Ustaz Mohd Afandi Yusoff mewakili Umno Kelantan.

Penggulungan usul ucapan dasar presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan dijangka diadakan di sebelah petang oleh ketiga-tiga ketua sayap iaitu Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan turut membuat penggulungan, diikuti Timbalan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib akan membuat ucapan penangguhan sebelum perhimpunan ditangguhkan.

Seramai 2,759 perwakilan hadir bagi mendengar amanat dan mempersiapkan jentera parti pada Perhimpunan Agung Umno yang terakhir sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan