Penduduk Hulu Langat Dinasihat Berwaspada Kemungkinan Berlaku Tanah Runtuh Susulan

Diterbitkan: Sabtu, 1 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebuah kereta dan motosikal terhumban ke tebing sungai akibat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat baru-baru ini.
Sebuah kereta dan motosikal terhumban ke tebing sungai akibat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat baru-baru ini.

PETALING JAYA: Jabatan Kerja Raya (JKR) menasihatkan penduduk di kawasan Hulu Langat sentiasa berada dalam keadaan 'berjaga-jaga' berikutan dua kejadian tanah runtuh di kawasan itu dalam tempoh seminggu lalu.

"Memang sentiasa ada kemungkinan berlaku tanah runtuh yang lain, terutama semasa dan selepas hujan lebat atau hujan berlarutan," kata Ketua Unit Kejuruteraan Cerun JKR Dr Che Hassandi Abdullah.

Beliau menggesa mereka yang tinggal di kawasan cerun bukit dan berhampiran supaya mengendahkan amaran dan peringatan daripada jabatan dan pihak berkuasa tempatan.

"Cerun bukit di Hulu Langat adalah antara kawasan yang sering dilanda tanah runtuh yang dikenal pasti oleh jabatan," katanya, Jumaat.

Pada Isnin, hujan lebat menyebabkan runtuhan batu kecil di belakang dinding dapur rumah kebajikan Perkid, berhampiran Kajang.

Pada Khamis, lima orang - yang dalam perjalanan melibatkan tiga kenderaan - mengalami kecederaan akibat tanah runtuh di sepanjang Jalan Kerchau, berhampiran Empangan Semenyih.

Pada 21 Mei tahun lepas, satu kejadian tanah runtuh meragut nyawa 16 nyawa penghuni Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa, berhampiran Kajang, berikutan hujan berlarutan.

Ditanya mengenai runtuhan jalan berhampiran empangan Sememyih, Dr Che Hassandi berkata jabatan itu tidak boleh memastikan puncanya sehingga siasatan rapi telah dilakukan.

"Kami percaya ia berlaku sama ada disebabkan kebocoran pembetung, air resapan (bawah tanah), kelemahan pada kaki benteng atau gabungan unsur-unsur ini."

Bagaimanapun, beliau berkata jabatan itu tidak dapat memastikan bilangan sebenar kawasan berbahaya dan cerun berisiko tinggi di Hulu Langat sehingga kajian dijalankan.

Beliau menggesa kerajaan Negeri Selangor menjalankan kajian, sambil menambah JKR bersedia untuk memberikan nasihat teknikal.

Dilaporkan terdapat 21,000 kawasan yang terdedah kepada kejadian tanah runtuh di seluruh negara, dengan 16,000 atau 76 peratus daripadanya adalah kawasan di Semenanjung Malaysia, kira-kira 3,000 di Sabah dan 2,000 di Sarawak.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan