Pelan Tindakan Lebih Efektif Elak Fahaman Syiah Khianati Islam

Diterbitkan: Sabtu, 1 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno pada Sabtu mencadangkan supaya satu pelan tindakan lebih efektif diwujudkan bagi mengelak pengkhianatan agama Islam menerusi fahaman Syiah terus berlaku di negara ini.

Wakil Wanita, Senator Toh Puan Zaiton Mat Amin berkata, fahaman itu kini merupakan ancaman baru yang dihadapi umat Islam di Malaysia.

"Wujud penyebaran fahaman Syiah sedangkan agama umat Islam mendokong al sunnah wal-jamaah. Syiah adalah perkara yang bidaah dan ekstrem.

"Pelan tindakan lebih efektif dicadang bagi mengelak perkara ini menjadi satu malapetaka di negara ini," katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Persidangan Agung Umno 2012 di sini, Sabtu.

Beliau yang merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Marang berkata, wujud golongan yang menyebarkan fahaman Syiah dan ekstrem kepada orang ramai terutama mereka yang jahil mengenai agama.

Menurut Zaiton, keadaan itu menyebabkan kelahiran ustaz n ustazah 'segera' yang tampil untuk mencaci Islam sekali gus mengelirukan akidah.

"Atas kebimbangan mengenai perkara ini, Wanita Umno meminta supaya kita bertindak tegas ke atas pengkhianat agama," katanya.

Ini kerana katanya, antara matlamat Umno adalah memastikan kedaulatan Islam terus teguh dan menjadikannya sebagai tonggak pembangunan.

"Perjuangan agama bukan sekadar politik atau (meraih) undi semata-mata tetapi ia lahir atas kesedaran dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dalam meneruskan perjuangan Rasulullah SAW.

"Perjuangan Umno adalah memartabatkan Islam yang membentuk ketaqwaan dan keimanan," katanya.

Antara kes penyebaran ajaran Syiah di negara ini dikesan berlaku di Melaka berikutan terdapat risalah dan buku berkaitan ajaran tersebut di masjid-masjid di seluruh negeri.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan