PAS Dicabar Jadikan Hudud Manifesto PRU Pembangkang

Diterbitkan: Sabtu, 1 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Afandi, wakil Umno Kelantan -foto THE STAR
Mohd Afandi, wakil Umno Kelantan -foto THE STAR

KUALA LUMPUR: PAS dicabar supaya berjuang untuk menjadikan perlaksanaan hukum hudud di negara ini sebagai salah satu manifesto pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Perwakilan Kelantan, Mohd Afandi Yusoff berkata, perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam perlu dimulakan dengan persetujuan bersama di kalangan pembangkang untuk menegakkan hukum Islam itu.

"Kalau benar PAS ini jantan dan kalau benar PAS nak buat hudud, kita cabar mereka supaya berjuang meletakkan hudud sebagai salah satu manifesto dalam buku jingga pembangkang.

"Biar dia (PAS) berjuang masukkan dulu (janji laksanakan hudud) dalam buku (manifesto)," katanya ketika mencadangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, Sabtu.

Tegasnya PAS bukanlah parti yang memperjuangan Islam kerana sering berdolak-dalik mengenai dasar dan hala tuju mereka semata-mata demi kepentingan politik.

"Kalau benar PAS nak buat hudud, laksanakan dulu di Kelantan. Sudah 22 tahun (perintah Kelantan) kata nak buat tapi ditentang oleh DAP secara terbuka.

"Apa lagi nak harapkan kepada mereka? Negara Islam juga sudah ditukar kepada negara berkebajikan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan