Malaysia Sokong Hasrat Palestin Jadi Anggota PBB

Diterbitkan: Sabtu, 1 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia memperkukuh sokongan kepada aspirasi rakyat Palestin untuk menentukan hala tuju sendiri dan mencapai kemerdekaan.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff berkata Malaysia juga menyokong permohonan Palestin untuk menjadi negara anggota PBB.

"Kami juga mengalu-alukan resolusi yang meningkatkan status Palestin sebagai negara pemerhati PBB. Ucapan tahniah kepada Palestin," katanya dalam kenyataan di mesyuarat pleno perhimpunn agung PBB ke-67 Khamis lalu.

Kenyataan beliau yang dihantar kepada Bernama, menyentuh Agenda 37 laporan jawatankuasa mengenai hak mutlak Palestin.

Hussein berkata tarikh 29 November merupakan tarikh penting kepada semua dan "kami mengingati Hari Solidariti Antarabangsa dengan rakyat Palestin.

"Saya mengambil peluang ini untuk merakam rasa paling hormat Malaysia kepada rakyat Palestin di atas keberanian dan kekuatan mereka yang berterusan walaupun menghadapi kesukaran setiap hari," katanya.

Beliau turut menyeru masyarat antarabangsa untuk terus menyokong cadangan yang dikemukakan di dalam laporan jawatankuasa itu bagi merealisasi hak mutlak rakyat Palestin.

Beliau berkata ini termasuk dalam menentukan hala tuju sendiri dan perundingan kepada penyelesaian konflik Israel-Palestin bagi menghasilkan penubuhan negara Palestin berdaulat dan Israel tinggal sebelah-menyebelah dengan aman dan selamat berdasarkan sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Hussein menggesa agar Israel segera memansuhkan sekatan haram di Semenanjung Gaza dan membenarkan bekalan, bahan dan bantuan sampai kepada penduduk.

Katanya Israel mesti menerima penyelesaian yang berkekalan dan adil mengenai persoalan Palestin bukan sahaja untuk manfaat rakyat Palestin tetapi menyumbang kepada keselamatan Israel sendiri dalam jangka masa panjang.

Mengenai keadaan di Timur Tengah, Hussein berkata Malaysia cukup sedar dengan keadaan di Golan dan akan terus menyokong usaha memulih kedaulatan Syria di wilayah yang diduduki itu.

"Kami juga menggesa Israel agar berundur dari Golan yang diduduki. Semua langkah dan tindakan yang diambil Israel termasuk membina dan memperluas penempatan haram di wilayah Golan yang diduduki sejak 1967, melanggar undang-undang antarabangsa, piagam PBB dan resolusi PBB yang berkaitan,' tambahnya.

Hussein berkata Israel mesti menghormati unang-undang antarabangsa termasuk undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia dengn menghentikan aktivii penempatan haram dan memulakan semula rundingan dengan ikhlas untuk mengkhiri konflik.

"Bagi kami, masyarakat antarabangsa mesti menolak sebarang penangguhan dalam meneruskan rudingan damai. Kita mesti memastikan pihak berkaitan kembali ke meja rundingan tanpa bertangguh lagi.

"Kita mesti terus menegak prinsip penubuhan negara Palestin di bawah penyelesian dua negara. Hanya dengan cara itu Israel dan Palestin boleh berubah kepada masa depan yang stabil dan lebih baik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan