Malaysia Puji PBB Berhubung Status 'Negara Pemerhati Bukan Anggota' Untuk Palestin

Diterbitkan: Sabtu, 1 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia pada Jumaat memuji Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas pemberian status 'negara pemerhati bukan anggota' kepada Palestin.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ia merupakan satu lagi langkah penting ke arah mencapai impian Palestin untuk memperoleh hak dalam penentuan nasib sendiri, hak kemerdekaan dan kedaulatan, hak untuk hidup dalam keadaan aman dan bermaruah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Anifah mengucapkan tahniah kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan rakyat Palestin dan berkata keputusan Perhimpunan Agung, PBB itu merupakan detik bersejarah bagi semua rakyat Palestin.

Katanya, Kuala Lumpur akan terus menyokong dan berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka.

Anifah berkata Malaysia juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk memperbaharui komitmen dalam mencari penyelesaian secara aman dan berkekalan untuk Palestin.

Perhimpunan Agung PBB, pada Khamis meluluskan pengiktirafan 'de facto' negara berdaulat ke atas Palestin selepas Abbas menggesa badan dunia itu mengeluarkan 'sijil kelahiran' negaranya yang lama tertangguh.

Sebanyak 138 negara undi menyokong; sembilan negara menentang, termasuk Amerika Syarikat dan Israel; 41 berkecuali. Tiga negara tidak mengambil bahagian dalam pengundian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan