Angkat Martabat Ulama

Diterbitkan: Sabtu, 1 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam usaha memperkasakan Islam wakil Pulau Pinang mencadangkan agar martabat ulama diangkat sebaris dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Mohd Shaharudin Mohd Hassan Tajudin berkata pengiktirafan berkenaan akan dapat memberi nilai tambah kepada Umno.

“Ulama orang penting yang sangat dihormati. Berilah tempat terbaik demi melihat parti kita lebih teratur. Ia akan menjadi tunjang yang memantau pergerakan parti,” katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012, Sabtu.

Beliau turut mencadangkan tujuh langkah lain untuk memperkukuhkan agama Islam di negara ini termasuklah, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan terus dipertahankan, kefahaman mengenai syiah, ajaran sesat dan pluralisme dimasukkan dalam sillibus pendidikan agama Islam bagi pelajar tingkatan 4 hingga 6.

Selain itu, Shaharudin yang juga wakil daripada Umno bahagian Tanjong berkata pendidikan ulul albab juga diperluaskan di ke sekolah-sekolah pondok dan universiti tempatan.

“Subjek ini akan menjadi ikon serta memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya.

Antara perkara lain yang turut dicadangkannya adalah mewujudkan Madrasah 1Malaysia dan Tanah Wakaf 1Malaysia.

"Seperti yang sedia maklum, pendidikan al-Quran perlu diberi penekanan. Madrasah ini nanti boleh mengambil modul pendidikan seperti silibus pendidikan yang digunakan di sekolah agama di Johor.

"Tanah wakaf perlu didaulatkan dan dikendalikan Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Selain itu, beliau turut menggesa agar perubatan mukjizat al-Quran dijadikan salah satu kursus yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam seperti ayurveda dan akupuntur.

"Perubatan ini juga boleh diperluaskan dan dijadikan perubatan alternatif di hospital-hospital negara ini," katanya.

Katanya, Islam tidak pernah meminggirkan mana-mana pihak dan kerana itu beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan institusi pemulihan khusus bagi 'mak nyah dan 'pengkid'.

"Umno tidak meminggirkan siapa-siapa. Jadi dengan golongan ini, ayuh kita dekati mereka. Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita boleh bersama-sama mengubah mereka. Bantulah mereka," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan