Umno Adakan Solat Hajat Doa Kesejahteraan Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno mendoakan agar umat Islam dan seluruh rakyat di negara ini hidup dalam suasana aman, sejahtera dan bersatu padu.

Demikian antara kandungan doa yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas solat hajat di bangunan PWTC di sini, Jumaat.

"Kami mohon satukanlah hati-hati kami ya Allah...seluruh muslimin dan muslimat ya Allah...di utara, selatan, timur dan barat ya Allah. Kau tautkanlah ukhuwah dan ikatan sesama Islam ya Allah.

"Peliharalah negara kami ya Allah...peliharalah pimpinan-pimpinan kami ya Allah, peliharalah rakyat negara kami ya Allah, peliharalah raja-raja kami ya Allah," katanya.

Solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia itu diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 yang turut disertai Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan