Sedia Kuota Haji Kepada Ahli Umno – Wakil N. Sembilan

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jalaluddin membahaskan ucapan dasar Presiden pada hari kedua sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat. -fotoBERNAMA
Jalaluddin membahaskan ucapan dasar Presiden pada hari kedua sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno Negeri Sembilan mencadangkan pucuk pimpinan tertinggi menyediakan kuota haji khas kepada ahli Umno untuk mengerjakan ibadah haji.

Perwakilannya, Datuk Jalaluddin Alias berkata, cadangan itu adalah untuk menguatkan lagi semangat keislaman yang selama ini menjadi tunjang kepada parti itu.

"Biar kita (Umno) yang mulakan dulu. Sebelum ini, parti pembangkang hanya tahu cakap sahaja.

"Ini boleh menjadi salah satu program parti dan boleh menambahkan kekuatan kita," katanya ketika membahas usul ucapan dasar presiden, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Sementara itu, Perwakilan Pahang, Datuk Mohamad Sahfri Abdul Aziz pula menggesa ahli Umno membuang sikap dengki dan iri hati sesama mereka demi memastikan kejayaan lebih besar BN pada pilihan raya umum (PRU13).

“Kita perlu buang sikap pentingkan diri sendiri. Kalau ada kemiskinan bukan sahaja orang Melayu perlu dibantu malah kaum Cina dan India serta kaum-kaum lain juga perlu kita sama-sama bantu.

“Kita perlu rapatkan saf. Jangan hasad dengki sesama kita demi mengatur masa depan yang lebih baik di hadapan,” katanya.

Beliau berkata ahli Umno juga perlu kuat dalam menangkis dakyah dan tohmahan pembangkang memburuk-burukkan pemimpin Umno yang telah banyak berjasa sejak era menuntut kemerdekaan sehinggalah ke hari ini.

“Kita jangan ikut seperti politik pembangkang yang menghina dan mengkafirkan kita. Mereka ini tidak beriman dengan perjuangan.

“Ini kerana perjuangan politik mereka sesat. Mereka bukan tadbir negara tapi mahu rosakkan Malaysia.

Sahfri yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Rompin berkata ahli parti perlu membetulkan niat mereka dan Umno Pahang berjanji akan menang besar dalam PRU 13 serta merampas kerusi-kerusi yang mereka tewas dalam PRU2008.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan