Proton Sasar Jual 250 Model Satria Neo R3 Baharu Sebulan - Berita Semasa | mStar

Proton Sasar Jual 250 Model Satria Neo R3 Baharu Sebulan

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd menyasar untuk menjual 250 model Satria Neo R3nya yang baru dilancarkan, lanjutan daripada model Satria Neo CPS dalam sebulan, kata Pengerusi Eksekutif Datuk Seri Mohd Khamil Jamil Khamis.

Dengan harga yang lebih rendah berbanding versi Satria Neo sebelumnya, model baharu ini dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, kata beliau.

"Terdapat sambutan hebat untuk R3 (model). Saya rasa kereta pada RM64,000 adalah benar-benar hebat.

"Model ini merupakan sesuatu yang kita mahu bawa kepada rakyat Malaysia, dengan apa telah digunakan dalam rali untuk penggunaan pelanggan kami," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran Satria Neo R3 Khamis.

Satria Neo R3 yang baharu didatangkan dalam dua varian iaitu Transmisi Automatik Executive Line berharga RM64,250 dan Transmisi Manual Executive Line dijual pada RM61,250 pada harga atas jalan.

Mengenai perkongsian dengan Honda Motor Corp, Khamil berkata Proton perlu melihat rakan kongsi perniagaan yang sesuai, dengan model perniagaan yang betul memandangkan perkongsian perlu suatu yang memberi faedah kedua-dua pihak dalam jangka panjang.

"Proton sentiasa merupakan kereta yang baik dan mampu dimiliki. Hanya persepsi orang ramai tentang Proton yang tidak begitu menggalakkan.

"Proton adalah sebuah syarikat yang baik, jadi apa-apa perkongsian harus meningkatkan syarikat dengan lebih baik. Saya fikir kini adalah tanggungjawab pihak pengurusan untuk memastikan rakyat Malaysia menerima Proton dengan lebih baik," katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan