PM Lancar RapidKuantan, Tambang Percuma Sebulan

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancarkan perkhidmatan bas RapidKuantan, Jumaat mengumumkan tambang percuma selama sebulan mulai Isnin ini.

Beliau berkata perkhidmatan itu akan memberi manfaat kepada setengah juta penduduk di Kuantan.

"Ini merupakan satu lagi produk 1Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

"Ia sebuah lagi janji ditepati dan dalam tempoh dua bulan sahaja (selepas pengumuman), maka perkhidmatan Rapid jadi kenyataan," kata Najib ketika berucap melancarkan perkhidmatan bas berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2012.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Menurut Najib, Adnan yang mempunyai lesen memandu yang sewajarnya, akan memandu sendiri bas itu pada hari ia mula beroperasi di Kuantan nanti.

Sambil memberitahu perkhidmatan itu melibatkan 32 bas, Perdana Menteri menegaskan banyak lagi akan dilakukan untuk rakyat jika Barisan Nasional mendapat mandat baharu pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Najib turut melancarkan akhbar digital Utusan Malaysia dengan harga langganan serendah RM20 sebulan.

Penubuhan RapidKuantan diumumkan Najib dalam Belanjawan 2012, dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) akan mengembangkan sayap operasi basnya di Ipoh, Seremban, Kuching dan Kota Kinabalu.

Untuk fasa pertama perkhidmatan, RapidKuantan akan menyediakan perkhidmatan di tiga laluan iaitu antara Terminal Makmur dan Gambang, Indera Mahkota dan Teluk Chempedak, serta Kompleks Mahkamah dan Politeknik Sultan Ahmad Shah di Semambu.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memberitahu pemberita berkuat kuasa tahun hadapan, kadar tambang yang ditetapkan adalah RM2 untuk jarak perjalanan di bawah 20km dan RM4 untuk perjalanan melebihi 20km.

Beliau berkata laluan operasi RapidKuantan telah dirancang dengan sempurna supaya tidak mengganggu perkhidmatan sedia ada termasuk perkhidmatan teksi ke lapangan terbang.

"Operasi RapidKuantan adalah perkhidmatan bas henti-henti dalam bandar yang sekarang ini tidak dikendalikan mana-mana operator," katanya sambil menambah tinjauan awam telah dijalankan semasa proses perancangan laluan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan