Perwakilan Terengganu Perkenal 'Ormas'

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perwakilan Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan ketika sesi perbahasan pada Persidangan Agung Umno 2012, Jumaat.
Perwakilan Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan ketika sesi perbahasan pada Persidangan Agung Umno 2012, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Perwakilan pada Persidangan Umno 2012 diperkenalkan dengan 'kosa kata' baru iaitu 'ormas' - singkatan daripada perkataan 'organisasi masyarakat' bagi menggambarkan Umno sebagai parti yang terbuka.

Mahu agar parti itu terus mendekati masyarakat di semua peringkat, perwakilan Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan berkata, Umno hendaklah secara berterusan melibatkan rakyat dalam semua program tanpa menghadkan hanya kepada ahlinya sahaja.

"Saya nak perkenalkan perkataan baru kepada Umno...'ormas' iaitu organisasi masyarakat.

Kita kena buat program libatkan semua struktur organisasi dalam masyarakat di peringkat cawangan dan bahagian agar mereka lebih mengenali kita, mengetahui matlamat dan dasar kita," katanya pada sesi perbahasan Persidangan Agung Umno 2012 di sini, Jumaat.

Tegas beliau, menerusi pelbagai program rakyat akan membuat penilaian mengenai prestasi Umno terutama keterbukaan parti itu melibatkan masyarakat secara bersama.

"Biar rakyat jadi hakim, biar rakyat jadi pengadil dan buat penilaian.

"Mereka berhak untuk menentukan betapa terbukanya kita untuk bersama mereka," katanya.

Selain itu Rosli yang juga Ketua Umno Bahagian Dungun turut mengingatkan ahli Umno agar tidak menggadai masa depan parti itu demi kepentingan peribadi.

Katanya semua ahli Umno perlu mengutamakan kepentingan parti bagi memastikan parti itu terus mencapai kejayaan pada pilihan raya akan datang.

"Biar diri kita muflis, tapi jangan biar parti kita muflis. Tak mengapa kalau kita hilang pangkat, hilang jawatan...atau hilang kuasa sebagai Menteri Besar...asalkan parti kita kuat.

"Terima apa sahaja keputusan parti...ingat, jangan biar Umno muflis politik," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan