Penutupan SMART Bawa Kepada Peningkatan Kos Operasi

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiap kali terowong SMART ditutup dan dibuka semula kepada lalu lintas, kos pengurusan akan meningkat dan penutupan minggu ini mencecah kos sehingga RM800,000.

Tahun ini sahaja, kemudahan ini telah ditutup sebanyak tiga kali.

Terowong ini juga ditutup seketika untuk beberapa jam sebanyak 20 kali pada tahun ini kerana mendapat amaran banjir, tetapi keadaan ini tidak melibatkan sebarang kos.

Ketua Jabatan Operasi Tol dan Perhubungan Awam SMART Mohd Noor Mohd Ali berkata sebanyak RM500,000 telah dibelanjakan untuk membaiki kerosakan peralatan berteknologi tinggi di dalam terowong yang disebabkan oleh kesan dan serpihan banjir, manakala pembersihan lebuh raya boleh mencapai sehingga RM300,000.

Beliau berkata setiap kali terowong sepanjang 9.7km dibanjiri air hujan, peralatan khas dan pekerja tambahan diperlukan kemudiannya untuk membersihkan terowong dalam masa 24 jam sebelum dibuka semula.

"Banyak lumpur yang perlu kita buang dan cuci kesannya sebelum lebuh raya boleh dibuka semula kepada lalu lintas.

"Kami perlu membayar kadar yang lebih tinggi kepada kontraktor kerana mereka perlu melakukan tugas dengan cepat pada notis yang singkat," katanya.

Beliau berkata penutupan selama dua hari pada Isnin akibat banjir menyaksikan serpihan besar seperti perabot dan pokok-pokok dihanyutkan ke dalam terowong dan merosakkan peralatan mahal.

"Di dalamnya terdapat CCTV, pemantau suhu dan lubang udara, selain pelbagai peralatan air yang lain," Mohd Noor menambah.

Beliau berkata terowong itu ditutup pada hari Rabu pertama setiap bulan pada awal pagi untuk pemeriksaan rutin.

Dianggarkan terowong ini menarik purata sebanyak 38,000 kenderaan setiap hari yang masuk dan keluar dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Ia adalah terowong banjir terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.

Objektif utama pembinaan terowong ini untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu puncak.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan