NGO Islam Serah Memo Kepada AS, Tuntut Israel Patuhi Gencata Senjata

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 Pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Kuala Lumpur menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat di sini bagi menuntut Israel berpegang kepada arahan gencatan senjata di Semenanjung Gaza, Palestin.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat, Syed Sheikh Al-Attasmenyerahkan memorandum itu kepada wakil kedutaan pada 2 petang di Kedutaan Amerika Syarikat, di sini.

Sebelum itu, kira-kira 100 anggota NGO berhimpun dan berarak dari Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak, dengan membawa sepanduk antaranya bertulis 'Awas Muslimin Jerat Zionis Sentiasa Menanti Bersatulah Ummah Elakkan Berpecah'.

Syed Sheikh berkata antara isu yang dinyatakan dalam memorandum itu ialah mengenai bagaimana Zionis Israel mematuhi arahan yang ditetapkan supaya melakukan gencatan senjata terhadap Gaza.

"Sebelum ini, telah banyak arahan gencatan senjata dikeluarkan kepada Israel tetapi mereka tidak mengenal erti kemanusiaan, tetap terus membedil Gaza, jadi kita tidak mempercayai mereka (Israel)," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum itu.

Beliau juga berpendapat pemberian status 'negara pemerhati bukan anggota' kepada Palestin oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga hanya sebagai retorik kerana kuasa PBB dipegang oleh Amerika Syarikat.

Perhimpunan Agung PBB pada Khamis meluluskan pengiktirafan 'de facto' negara berdaulat ke atas Palestin selepas Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggesa badan dunia itu mengeluarkan 'sijil kelahiran' negaranya yang lama tertangguh.

Sebanyak 138 negara undi menyokong; sembilan negara menentang, termasuk Amerika Syarikat dan Israel; 41 berkecuali. Tiga negara tidak mengambil bahagian dalam pengundian itu.

Serangan Israel ke atas wilayah Gaza baru-baru ini mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua serta mencederakan ratusan yang lain. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan